Sunday 13 October 2013

senyum :)

Hello . . hmm tak tahu nak mulakan dari mana lah , hm okay . Memang kehidupan mulai terasa senang dengan ada kawan-kawan yang sering mengambil berat semua itu , tetap iada suatu benda yang menganggu fikiran aku malam ini . Bukan malam ini sahaja tetapi hari-hari yang sebelum ini lah . Entah kenapa aku berasa sedih dan berasa tidak bertuah . Yelah , kita tidak tahu hati manusia bukan ? hanya Allah sahaja yang tahu . Orang lain pun tak dapat tahu hati saya juga apetah lagi saya ni nak kena memahami orang lain , memang payahlah . . okay , biar saya cerita di sini sahaja lah tetapi agak bertapis sedikit sebab ia sangat sensitif . .Sebenarnya , aku rasa sepanjang hidup yang aku lalui ini memang ada suatu yang tidak kena . nak tahu apakah itu ? i dont have a good friend who is always be beside me , always care about me , always make me happy . . tada .heee Bukan senang nak cari sahabat , cari kawan kacang ajee . mana-mana ada dekat dunia ni , merata tempat . hehe
Sepanjang aku hidup ini , banyak sangat aku tak dapat rasa lagi , nanti bila sampai masa ajalku , haihh mati kempunan la aku . . Semestinya orang lain pun sama jugak kan ? heee
Yang pentingnya , kita ada family yang selalu ada dekat kita (orang yang penting sangat ni ) kita ada kawan walaupun ada kawan yang tak suka perangai kita . Sesetengah orang tidak dapat terima dengan seadanya lah walaupun dan cuba yang sebaik-baiknya . hmmm mencabar nya la makin lama bila nak membesar ni ibarat mendaki gunung Everest lah pulak . Takpe lah , walaup apa pun rintangan dan cabarannya . senyum aje lah , sebab dengan senyum boleh mengurangkan tekanan itu . i know im not alone :)