Monday 12 May 2014

saya mampu harungi nya :)

hye everyone . malam ni aku nak share something yang tiada la meyedihkan sangat . Tapi pasal hati , pasal ujian yang aku lalui . hmm payahnya hidup aku sekarang , semakin aku membesar semakin kuat cabaran yang terpaksa aku harungi . Ya Allah kuatkanlah hamba mu ini .
  First thing is , aku macam dalam dilema , sama ada aku patut sambung belajar atau bekerja ? aku seperti dilema . Keluarga aku dah tak mampu nak tanggung hidup aku dan adik aku lagi yang masih belajar mengambil peperiksaan spm dan stpm pada tahun ini . Masih banyak lagi perjalanan yang terpaksa kami tempuhi untuk menuju ke menara gading . Yang pastinya , aku positif , aku mesti teruskan perjuangan aku untuk belajar sahaja . Walaupun ayah aku sudah tidak mampu untuk bekerja lagi , aku terpaksa cari jalan penyelesaian aku sendiri . Aku sedih , kenapa ujian ini berat sekali untuk aku tanggung. Memang Allah nak uji dan sebagainya , tapi aku harap aku tabah dan aku tak lagha terhadapMu .
Apa yang perlu aku buat ialah cuma belajar sahaja . cuba dapatkan 3 pointer ke atas dan aku dapat biasiswa . Insyallah aku boleh tanggung mereka. aku sangat kasihankan Umi dan ayah aku disebabkan anak mereka nak sangat belajar , mereka terpaksa bersusah payah untuk mencari duit demi mencari makanan untuk kami . Kekadang aku rasa aku tak mampu untuk lalui semua ini , kenapa aku tidak mati sahaja ? Tapi aku sedar akan tanggungjwab aku sebagai anak perempuan sulung untuk tanggung keluarga dan balas jasa mereka. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami . hmm bye

Thursday 20 March 2014

i can do it cuz im a human !

Hello guys , hmmm sudah lama saya tak berblogging . Al maklumlah budak STPM nak ambil exam tahun ni . haihhhh cakap pasal exam kan , grr TAKUT ! Aku tak ready lagi lahhh .
Sebenarnya , sejak kebelakangan ni , aku agak tertekan jugak lah , sebab apa ? sebab aku tiada masa untuk berehat untuk tidur , semuanya sebab study . Masa sangat lah terhad . Tapi demi nak kejar impian dan cita-cita aku untuk dapatkan 3.5 pointer in STPM . Insyallah aku boleh . AMIRAH BOLEH !
erm , di samping aku busy jugak , aku dah lama single yarw. heee lama jugak tu , takpe lah , plan memang setahun aje . lepas tu aku akan mencari lah , btw aku masih tak dapat lupakan si dia yang sedang bahagia dengan orang yang dicintai nya. Takpe lah , akan ku buktikan yang aku boleh hidup tanpa kau la lelaki , aku boleh berjaya boleh fokus boleh hidup sendiri dengan keluarga yang aku sayang .
Dalam masa yang sama juga , aku akan dapat kecapi impian aku untuk memiliki sebuah rumah dan kereta volkaswagen satu . iyeahhh , lepas tu boleh la kahwin . Macam mana pun aku nekad , cita-cita dan impian aku harus aku kecapi dengan jayanya ! because i know i can do it ! TAK KIRA APA PUN YANG BERLAKU , AKU TAKKAN BERPUTUS ASA ! AKU MESTI CAPAI GRED POINTER YANG TERBAIK ! BANGGAKAN KELUARGA AKU ! TIADA YANG MUSTAHIL DALAM DUNIA NI!
hehe tengah bersemangat betul hari ini . maklumlah rasa bahagia dan happy sangat . sebab aku boleh! okay , di sini sahaja lah kita , nanti kita jumpa lagi . selamat tinggal :)

Saturday 25 January 2014

setiap yang berlaku ada hikmahnya :)

assalamualaikum dan salam sejahtera. Okay sebenarnya aku dah lama tak buka blog nie tapi malam nie terdetik hati nak berkongsi cerita pasal kehidupan aku . btw happy new year 2014 guys . 
hmmm terlalu banyak kenangan pada tahun yang sebelum ni , takpe lah yang penting life must go on kan ? 
let's begin . . 
entah kenapa aku rasa rindu sangat dekat seseorang , seseorang yang sudah takkan dapat jadi milik aku lagi . Susah bagi aku untuk lupakan seseorang yang pernah bertakhta di hati kita selama bertahun bukan ? macam-macam aku lalui untuk lupakannya namun payah sangat . semakin aku lupakan dia semakin kuat rindu aku dekat dia , tapi aku tak nak jadi bodoh , aku rasa tak berguna sangat apabila mengingati seseorang yang sudah pun lupakan kita . lagi bertambah sedih bila melihat si dia telah pun dimiliki oleh yang lain . Aku hanya mampu berdoa supaya aku dapat lupakan dia dan aku dapat kebahagiaan di sebalik hikmah yang berlaku sekarang ini . Sudah sebulan berlalu , hati dan fikiran aku asyik fokuskan pada dia sahaja , ohhh begini rupanya jadi seorang wanita yang lemah dan tidak ego . Aku cuma mampu berpura-pura di depan orang ramai yang aku okay dan gembira tanpa seseorang yang pernah aku sayang selama ini . Sejak kehilangannya , hidup aku terus berubah . itu baru kehilangan orang baru yang kita sayang , yang pernah menabur janji untuk sehidup semati . bagaimana pula apabila kehilangan keluarga yang pernah menjaga, mendidik kita tanpa penat dan lelah dan keluh kesah sehingga menjadikan kita sebagai manusia yang berguna dan berjasa suatu hari nanti?
Aku harap apa yang aku alami sekarang akan berakhir . tak sanggup lagi aku menahan kepedihan dan kesakitan bila mengingati si dia . Memang aku berharap untuk dia kembali , tapi itu cuma angan-angan yang takkan pernah tercapai :( mmg aku rindukan kau , tapi apakan daya aku sudah tidak berguna . Aku tahu apa yang berlaku sekarang ni mesti ada hikmah di sebaliknya. Aku berserah kepadaMu .