Monday 12 May 2014

saya mampu harungi nya :)

hye everyone . malam ni aku nak share something yang tiada la meyedihkan sangat . Tapi pasal hati , pasal ujian yang aku lalui . hmm payahnya hidup aku sekarang , semakin aku membesar semakin kuat cabaran yang terpaksa aku harungi . Ya Allah kuatkanlah hamba mu ini .
  First thing is , aku macam dalam dilema , sama ada aku patut sambung belajar atau bekerja ? aku seperti dilema . Keluarga aku dah tak mampu nak tanggung hidup aku dan adik aku lagi yang masih belajar mengambil peperiksaan spm dan stpm pada tahun ini . Masih banyak lagi perjalanan yang terpaksa kami tempuhi untuk menuju ke menara gading . Yang pastinya , aku positif , aku mesti teruskan perjuangan aku untuk belajar sahaja . Walaupun ayah aku sudah tidak mampu untuk bekerja lagi , aku terpaksa cari jalan penyelesaian aku sendiri . Aku sedih , kenapa ujian ini berat sekali untuk aku tanggung. Memang Allah nak uji dan sebagainya , tapi aku harap aku tabah dan aku tak lagha terhadapMu .
Apa yang perlu aku buat ialah cuma belajar sahaja . cuba dapatkan 3 pointer ke atas dan aku dapat biasiswa . Insyallah aku boleh tanggung mereka. aku sangat kasihankan Umi dan ayah aku disebabkan anak mereka nak sangat belajar , mereka terpaksa bersusah payah untuk mencari duit demi mencari makanan untuk kami . Kekadang aku rasa aku tak mampu untuk lalui semua ini , kenapa aku tidak mati sahaja ? Tapi aku sedar akan tanggungjwab aku sebagai anak perempuan sulung untuk tanggung keluarga dan balas jasa mereka. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami . hmm bye