Tuesday 26 November 2013

FREEDOM !

hello bloggers . . heee nampak gambar apa dekat atas tu ? that's me la tuu yg tengah cakap huhhhhhhhh i'm freedom , yeah ! hehe 
okay , let me tell you why i'm feel so free ? 
Firstly , i'm free from exam and study , finally my examination in semester 1 was over ! huhhh so relieved ! Before this , i do a lot of work hard from myself , i would sacrifice everything to study , EVERYTHING ! is not easy okay . i sacrifice for my time , my rest , my money , my energy ! Alhamdulillah test from Allah i can face it with patiently :) month by month , week by week and day by day . i always waiting for that exam cause i can't wait to rest okay . but unfortunately , hmm i can't do better in exam . i can't answer that question for the first time . Its really really hard ~ hm so i decide i will study for next year and get the good result ! I WANT SUCCESS ! yeah . i can do it . hehe 

okay , next , i feel free from L.O.V.E !! i'm single ladies , i'm single ladies . . hee so happy if my heart not falling again . i hope my heart is close to anybody now because i want to focus on my studies and my work first . BUT if it falls again , i only can accept the faith :) hihi


Thursday 14 November 2013

pressure pressure pressure !!

hey Assalamualaikum semuanya . . ada sebuah lagi cerita kehidupan ku yang sangat lah tak berapa syok sangat meh , well its about my life kan suka hati lah . hehe okay lets begin . . . .

ehem , pertama sekali , aku cuma rasa sedikit tertekan dengan persekitaran aku . bukan sedikit la banyak la jugak . Aku rasa selama ini aku silap menyayangi orang , silap dan silap besar lah . Aku rasa sangat bersalah . rasa nak menangis pun ada lah , tapi apa boleh buat , nasi macam dah nak jadi bubur aje . Astaghfirullahalazim kau ampunkanlah segala dosa ku dan segala dosa kawan2 ku . Memang Allah itu maha adil , tapi kita kena banyakkan la bersyukur sebab semua benda yang kita rasa indah dan bahagia itu semuanya dipinjamkan daripada Allah swt. So bersyukurlah sebelum Allah tarik balik semua yang kita rasa semua itu lalu ditukarkan dengan kesedihan dan keperitan . Okay , maksud aku di sini ialah kita janganlah rasa bersedih dengan orang yang kita sayang sebab jodoh itu rahsia Allah , mungkin dia bukan irang yang setepat-tepatnya untuk kita jadi kita kena redha dan terima takdir Allah itu tersebut .

WHAT MAKES ME SO PRESSURE IS ...
exam aku makin dekat , yaa aku tahu dalam hidup ini semua ada ujian . ujian hati , ujian mata dan sebagainya lah . Apabila semakin hampir ujian tu , macam2 dugaan yang aku alami , sampai semua benda aku kena hadapinya seorang diri , sakit kepala tak usah cakap lah , pening bila fikirkan masalah . Aku harap aku bersabar dan semua orang yang kena ujian tu pun diharapkan bersabar . sabar tu kan separuh daripada iman . Memang aku rasa berdosa sangat sangat sebab lukakan hati seseorang . Memang hati tidak boleh dipaksa tapi aku suka berdiam diri sahaja daripada straight to the point . ohhhhhhh payah nya hidup , aku harap aku boleh selesaikan masalah ini secepat mungkin . makin lama makin stress , tertekan , sedih , sakit semua ada . apa yang aku perlu buat ialah fokus untuk pelajaran aku aje lah .

MY PRINCIPE OF MY LIFE .......
aku nak single , aku nak hidup membujang tanpa kasih sayang daripada seorang lelaki , aku cuba nak jadi sematangya , aku nak berkawan dengan semua orang , aku dah tak sanggup hadapi kalau perkara ini berulang lagi , form 6 bukan pelajaran yang senang , aku nak genggam segulung ijazah dan berjaya seterusnya barulah aku nak berkahwin . Aku nak gembirakan hati umi dan abah aku dulu . Insyallah , kalau seseorang itu pandai ambil hati aku , tahu apa yang aku suka dan tidak suka , dan aku selesa dan bahagia dengan dia walaupun dah bertahun kenal dengan dia MUNGKIN dia jodoh aku . Insyallah . .

habis exam nanti aku cuba nak buat satu kisah ni yang bertajuk CINTA ONLINE berdasarkan daripada kisah kehidupan aku dengan si dia . walaupun blog ni takde la ramai view sangat harap sangat baca walaupun tak syiok mana , okay tunggu ye semua . . . . bye :)

Sunday 13 October 2013

senyum :)

Hello . . hmm tak tahu nak mulakan dari mana lah , hm okay . Memang kehidupan mulai terasa senang dengan ada kawan-kawan yang sering mengambil berat semua itu , tetap iada suatu benda yang menganggu fikiran aku malam ini . Bukan malam ini sahaja tetapi hari-hari yang sebelum ini lah . Entah kenapa aku berasa sedih dan berasa tidak bertuah . Yelah , kita tidak tahu hati manusia bukan ? hanya Allah sahaja yang tahu . Orang lain pun tak dapat tahu hati saya juga apetah lagi saya ni nak kena memahami orang lain , memang payahlah . . okay , biar saya cerita di sini sahaja lah tetapi agak bertapis sedikit sebab ia sangat sensitif . .Sebenarnya , aku rasa sepanjang hidup yang aku lalui ini memang ada suatu yang tidak kena . nak tahu apakah itu ? i dont have a good friend who is always be beside me , always care about me , always make me happy . . tada .heee Bukan senang nak cari sahabat , cari kawan kacang ajee . mana-mana ada dekat dunia ni , merata tempat . hehe
Sepanjang aku hidup ini , banyak sangat aku tak dapat rasa lagi , nanti bila sampai masa ajalku , haihh mati kempunan la aku . . Semestinya orang lain pun sama jugak kan ? heee
Yang pentingnya , kita ada family yang selalu ada dekat kita (orang yang penting sangat ni ) kita ada kawan walaupun ada kawan yang tak suka perangai kita . Sesetengah orang tidak dapat terima dengan seadanya lah walaupun dan cuba yang sebaik-baiknya . hmmm mencabar nya la makin lama bila nak membesar ni ibarat mendaki gunung Everest lah pulak . Takpe lah , walaup apa pun rintangan dan cabarannya . senyum aje lah , sebab dengan senyum boleh mengurangkan tekanan itu . i know im not alone :)

Saturday 28 September 2013

please stay strong . .

helloooo my dear diaries , how are youu ? what ? very well ? oh thank god , Alhamdulillah sihat . hehe semoga sihat selalu lah yer supaya aku boleh cerita dekat kau . hehe (mukadimah gila)
hmmmm kali ini , bukanlah cerita yang agak suka citakan la jugak , sedikit menduka citakan . Pada mulanya memang aku gembira dan berasa senang dengan hidupku yang sekarang , tapi hakikatnya , ianya sukar . Malah makin sukar , sulit dan sewaktu dengannya lah . Aku harap aku tabah je , aku kuat , aku mampu harungi liku-liku kehidupan ni dengan hati yang tenang dan fikiran yang positif . Memang bukan senang nak belajar dengan dunia yang baru , pelajaran yang baru , mungkin memakan masa yang lama , mungkin juga sebenarnya tidak sesuai dengan kita . Apa yang pasti Tuhan tidak menguji makhluknya melampaui diri mereka .

Apa yang aku rasa sukar sangat aku berasa tertekan sejak kebelakangan ni . yaa , mungkin salah diri sendiri , aku malas , aku terlalu berseronok dengan teknologi sekarang ni dengan laman sosial nya , semua tu halangan bagi aku untuk tumpukan kepada pelajaran dan dapatkan masa depan yang lebih baik bukan kehidupan yang sama . hmmm sampai bila abah kena kerja , kerja dan kerja . Aku kesian . Aku tak sanggup lagi dia bekerja dengan keadaan umur yang sudah lanjut . Sungguh aku tak sabar habiskan pelajaran aku untuk dapatkan pekerjaan yang bagus . Aku tahu banyak tekanan yang aku dapat , mungkin Allah sengaja nak menguji ketabahan dan keimanan aku . Tabahkan lah aku Ya Allah . . aku harap aku mampu lawan dan tahan walau sakit sekalipun , aku tanak hampakan harapan kedua ibu bapa ku . . .

hmmm u_u

Thursday 5 September 2013

back to life

hello my dear bloggers , heee tak tahu lah nak mulakan daripada mana . hmm you know what ? i am so so so happy . why im so happy ? haaaa meh nak citer ni .
hehe pertama sekali , aku happy sebab dapat masuk form 6 . Memang form 6 susah dan membebankan , tetapi ada yang baiknya .
Aku dapat jumpa kawan-kawan baru , cara belajar yang baru ,sikap dan perangai yang baru . Alhamdulillah aku dapat berubah jadi lebih baik daripada sebelumnya.
Sungguh aku tak tahu nak cakap macam mana . Aku bahagia sangat . Aku bersyukur sangat sebab dikurniakan sahabat yang baik sejak aku duduk di sana.
Memang kenangan yang tersangat indah . Aku tak nak lupakan . Aku suka dengan cara aku yang baru ni , senang berkomunikasi dengan orang , kurang pendiam(kot lah)hmmm apa yang aku harapkan , aku takkan gagal dalam peperiksaan stpm ni nanti . haaaaa aku juga dah temui semangat yang baru . Seseorang yang selalu setia ada di samping aku , dan memahami aku.
Aku harap dia gembira dan sihat selalu , Aku sangat berterima kasih kepada Allah kerana dikurniakan lagi perasaan sayang dan kasih terhadap sesama manusia . Penderitaan aku selama ni telah pun berakhir walaupun terasa kesedihan lagi apabila mengenangkan kembali .
Takpe lah , buang yang keruh ambil sahaja yang jernih . Jadikan saja semua tu sebagai pengajaran . OMAIGAD !! aku sayang dia lahh weyhhh . sayang semuaaaaa !
Aku nak Semua yang aku SAYANG sangat ni berjaya ! BERJAYA ! AMIN !!

Wednesday 4 September 2013

weeeeeeee happyy :)

hello hello hello !!!! hee best nya hari ni , dapat mengupdate blog yang dah lama bersarang di sini . aku rindu sama kamu la wahai diariku tersayang . ahaa banyak benda nak cerita ni . Pertama sekali , hmmm lama sangat aku hidup tanpa internet , berbulan-bulan kot . Tapi rasa Alhamdulillah lah , boleh hidup rupanya . kuikui . Selepas tu kan kan ? nak tahu tak ? sejak ketiadaan internet ni , saya rasa macam agak rajin sedikit la kot , takde lah sampai menghadap laptop 24 jam none stop . ahayooo , cuma dduk belajar , belajar dan belajar je . Kerja sekolah selalu je macam sungai yang mengalir tu . Memang no free time la. sampai nak patah pun ada jari jemariku ini . Haih tidak mengapa lah , jangan sesekali mengalah dan berputus asa . nak berjaya memang banyak halangan dan rintangan nya .
Okay , yang kedua pula ialah , aku ada ramai kawan baru , kawan yang sangat teristimewa pun ada , hehe i am feel so happy sebab ada seseorang tu sanggup membahagiakan dan menyembuhkan luka yang selama ni dah terhiris , hee thanks to him . Akan ku cuba sedaya upaya untuk menyayangi nya sepenuh jiwa dan raga :)

The last one is perasan tak aku tukar lagu baru , blog baru , okay , sebenarnya pun all of my whole life pun dah baru , aku dah lama mulakan kehidupan yang baru sejak masuk form 6 ni . umm cuma satu lah , harap dapat menjalani liku-liku kehidupan ni dengan tabah dan sabar . All the best for me . byebye :)


Thursday 11 July 2013

saya redho di atas apa yang berlaku :)

Assalamualaikum bloggers , hari ini aku cuma nak menceritakan tentang perasaan ku yang sungguh perit dan menyakitkan . aku sedih , sungguh aku sedih . Aku sakit hati , sungguh aku sakit . Tapi apakan daya ku , insan yang paling aku sayang sudah pun menjadi milik orang . ya memang semua ini suatu lumrah kehidupan manusia yang pernah bercinta dan dikecewakan . Tetapi bagi aku ia sangatlah luar biasa dan menyakitkan . Memang kami sudah tidak bercinta lagi sejak sekian lama , tetapi perasaan aku tidak pernah sama sekali pun pudar . Sudah banyak aku bersabar dengan semua ini . Aku sepatutnya pergi sahaja bukan menunggu sesuatu yang tidak pasti akan terjadi . Begitu berat dugaan ku sekali , atuk aku yang paling aku sayang meninggal di waktu aku mendapat tahu dia sudah ada pengganti lain . Tambahan pula , peperiksaan stpm ku semakin hampir , aku langsung hilang fokus , memang aku frust dan tertekan . Aku hanya mampu berdoa supaya dilimpahkan kebahagiaan dan ditabahkan hati sahaja . Aku tahu aku berhak mendapat yang lebih baik dan tahu menghargai diriku sebagai seorang perempuan yang lemah . Walaupun aku dianggap lemah , aku tahu aku mampu lalui semua ini . Aku mampu bertahan , dan aku tahu aku seorang yang kuat dan tabah . Alhamdulillah , aku bersyukur kerana masih ada yang sanggup menjagaku , membahagiakan ku serta menyempurnakan lagi kehidupan ku . ya merekalah orang tua ku , ibu bapaku yang paling aku sayang . umi dan abah , akan aku buktikan yang aku mampu menggenggam segulung ijazah dan kerjaya yang bagus untuk mu bukan kesedihan atau kehampaan mu sekalian . Manusia memang suka menabur janji yang tidak pasti boleh ditunaikan . Mereka cepat berubah dengan begitu sekali . Tidak mengapalah , yang penting aku jadi diri aku sendiri . Karma itu wujud . Hari semakin hari , malam silih berganti , waktu semakin berlari meninggalkan ku . Sungguh payah melupakan seseorang  yang pernah bertakhta dalam hati kita bukan ? setiap hari aku terpaksa menangggung kesedihan dan
keperitan yang teramat sangat sekarang ini . Sungguh aku tidak percaya semua ini berlaku dalam kehidupanku . Terasa seperti sangat tragedis bagiku akan penceritaan hidup ku sebegini . aku redho ~ aku berharap insan yang pernah aku sayang itu bahagia dengan pilihan hatinya dan kecapi ke alam berumahtangga :') Mungkin kita bukan yang terbaik walupun pernah berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam hidupnya . Takkan ku ulangi kesilapan yang pernah aku lakukan dulu . Akan ku jadikan semua itu suatu cabaran dan pengajaran dalam hidupku . Cinta tidak semestinya bahagia . cinta tidak selalunya kekal . itulah yang aku lalui selama ini . sekali lagi aku redho ~

Allah sentiasa sudi mendengar akan celoteh kata kata dari lubuk hati kita . . . .

Monday 18 March 2013

i love youuu all !!!

Hello buddy , hmm malam ni aku nak cerita pasal pengalaman mendaki bukit untuk menuju ke landasan kereta api bersama kawan-kawan ku yang tersayang sangat ni . fuhhh , memang kata orang mencabar sangat lah , dengan pakai baju kurung nya sanggup semata nak bergambar sahaja . mula2 tu kami rasa tertanya-tanya jugak lah , nanti keretapi ni lalu macam mana ? semua kena langgar . haha tapi ada kawan aku ni cakap landasan ni dah tutup lama dah . so no need to worry . hehe


 wokeyhh , time ni kitorang pergi kenduri kakak nya kepada kawan kami kahwin . hmm best lah dapat makan ramai2 dengan kawan .


hehehe , jadi minah rempit kejap jalan2 , takde lahh . kami takde kereta so terpaksa lah naik motor je kena panas . seronok jalan2 dgn diorang sambil tu gelak2 ketawa dengan angin yang sepoi2 di  waktu petang


okay , masa ni kitorang tengah naik gunung bercabang tiga , wakakak just kidding . naik landasan kereta api , perasaan masa tu hanya tuhan saje yang tahu , takut wooo tergolek jatuh ke bawah . Tengok tu senget badan kami .

 haaa akhirnya sampai jugak lah ke destinasi kami . sungguh cantik permandangan di situ . korang patut datang tao . tak rugi kalau datang punyaa . depan tu ada sungai lagi , dengan pokok2 kehijauan . hmm best lah . yeap , aku la tu yang tengah buat peace . hhaha

okayy , ni ada lah raja dan faieza bershooting . hehe awok comelll :)

 ini ialah kawan saya yang comel lote , sunor paieyzah :) love youuu

ini ialah Yang Dipertuan Agong Taman Semarak binjai , hehe nama dia raja siti Sharmiela , kami panggil dia Raja . unik kan ? saya tahuu , thats my girl . mmwah .
itu saya dengan era :) dia sangat cantik dengan pinky dia itu .



and last sekali , ini lah hasil kerja saya . hobi saya mengedit gambar je bila ada gambar baru . hmm maaf lah ada gambar kawan lain yang tak masuk . cuma ni je yang aku ada . tapi wajah korang dan kenangan kita takkan saya lupakan sama sekali . semoga kalian sihat sejahtera dan happy sokmo selalu yea . byebye :)











Tuesday 26 February 2013

rinduuuu sangat kenangan kita semua !!!!!!!!

Assalamualaikum semuanyaa , saya harap awak2 semua sihat walafiat belaka yea ? AMIN . okay , di sini saya ingin beritahu bahawa kita semua sudah pun tamat persekolahan pada tahun 2012 . ya Allah , banyak sangat kenangan kita di situ , bila diingatkan balik sudah semestinya kita rasa indah je suasana pada waktu itu , kadang2 rasa sedih pun ada kenapalah masa cepat sangat berlalu , dah tua dah kita nii . hmm you know what guys ? saya rasa rindu sangat kenangan masa tu , kenangan di mana kita makan bersana , belajar bersama , berkongsi cerita , gurau dan senda bersama . Apa yang paling best bagi saya ialah bila kita kumpul sama2 masa rehat bawak bekal ramai2 makan dalam kelas , FUHLAMAK ! best woo , kenyang sehingga tak terkata yang best nya masa kita kongsi makanan tu . dan yang paling pahit dan tersangat pahit masa kenangan di waktu sekolah ialah bila dapat markah peperiksaan yang sangat mengecewakan . kita selalu cakap kita selalu banyak bermain kan ? kadang2 malas , kadang2 syokk lepak gossip2 . hihi .

sekarang bila kita tengok adik2 kita yang sanggup bangun pagi2 buta untuk ke sekolah rasa mcm nk pergi etek je op op ? haha dapat duit belanja . haihhh kalau lah masa tu dapat diputarkan balik memang kita takkan sia siakan zaman tu kan ? sekarang kita dh bukan budak sekolah lagi , semakin kita dewasa semakin banyak lah cabaran yang bakal kita tempuh . Apa yang penting nya semangat dan motivasi dalam diri tu penting .

 haaa masih ingatkah time ni ? masa ni kita tengah nak berbuka puasa sama2 , malam tu kita celebrate birthday amylia dengan nabila . memang syokk habis . dengan main mercun dan tepung nyaa . fuhhhh nak buat lagi rasa nya ? oh dan dan masa ni saya dah bercakap dengan nabila kan :D hihi
 syokk tehhh study nk2 yang tengah baca buku tuhh . hikhik best bergossip dekat library ehh belajar . hihi

 ehemmm this time masa sambut hari jadi RAJA IELA ! best kena tepung -_- masakan mak dia best !
 time ni kita tengah photoshoot di pantai ! masa ni kita tengah nak release tension , banyak sangat masalah , hadoiii . Alhamdulillah dapat tempuh dengan tabah .

 horrayyy , we got angpau raya :) happy sangat kan bila cikgu bagi duit raya . sambut hari raya dekat sekolah la yang paling best , kongsi kuih raya lah , itu la ini la , nk2 masa dengar lagu raya tu . DAN yang paling lucunya ialah masa saya kita makan sambil buat bulatan tu joget lagu raya yg dekat dlm video tu , lucuu !
 ummm masihkah kau ingat kita pakai orange sama2 . sedih terpaksa pinjam baju orang semata nk pakai sama nak beli dah nak habis sekolah sudehh . dapat tengok sultan Mizan handsome nya dia :D
 macam ni lah rupa kami masa nak pergi sekolah ? haha takde lah time ni kejar2 main tepung sampai last sekali kantoi dgn cikgu tak boleg bawak tepung ke sekolah . semua takut !

masa ni lahh hari terakhir kita berjumpa :( saya kena tepung masuk dalam mata pedihh . tapi okay aje . time ni kita sambut hari terakhir kita . that was sooo wonderful moment masa makan ayam bakar lah , rakam video kita sume . nmpk tu smpai comot2 dh.

Baiklah kawan2 sampai di sini saje lah kita . semoga kita dapat jalani kehidupan kita masing2 dengan baik . Jangan sia siakan masa remaja kita yang ada sekarang ni . buat lah kerja yang berfaedah supaya kita berjaya kelak . saya baca balik mesej daripada salah seorang hamba Allah kita yang buat kita sedar tentang kenangan di sekolah itu "dekat B-BEST kita jumpa, dekat B-BESt kita ketawa,dekat B-BEST kita berduka,dekat B-BESt  kita belajar ,dekat B-BESt kita  telah menjadi kawan,dekat B-BESt kita lepak sama2, dekat B-BEST kita makan sama2,dekat B-BESt kita berjuang bersama-sama untuk berjaya,  semuanya di B-BEST , dan di B-BESt juga kita berpisah, berpisah mata tapi BUKAN berpisah hati sebab kita dah berjanji sekali berkawan selamanya berkawan . ITU JANJI KITA !

byebye :)